Thursday, June 5, 2008

Hari ini dalam sejarah

Hari ini betul2 Hari ini Dalam Sejarah hidup aku, petang dapat maklumat dan disahkan oleh Pemimpin BN (Barang Naik @ Bahanapi Naik) minyak naik 78sen (+40%). Punyalah kelamkabut ke petrol pam. Pergi Petronas Leboh Ayer Keroh penuh, Shell depan Mamee 0.5km Q, akhirnya dapat cilok ke Esso depan Sekolah Muzaffar. 45 minit Q at last dapat isi, isi punya isi bila sampai RM12, meter makin slow last2 stop terus. Pergi kat kaunter, pekerja minta maaf minyak dah habis!!!! Punyalah frust. Lepas tu teringat ada petrol pam kat Air Bemban, terus pecut ke sana kereta pun banyak mujurlah ada polis buat kawalan, kalau tidak ada yang bertumbuk fasal jump Q punya fasal. Masa Q, ada miss call, bila return call rupanya En Azlan dari Sepang bertanyakan serba sedikit fasal kursus ketam. Beliau nak tahu ada kursus yang dekat2 Sepang, selepas check dengan En Junaidi, pada 14jun08 di Hotel Adamson (sebelah KL International Hotel, Kg Bharu). So, En Azlan welcome the club.
Berbalik kepada minyak naik ni, inilah kenaikkan yang tertinggi sehingga 78sen. Aku tak dapat bayangkan 4/6/08 barang apa yang akan naik selepas beras. Teh tarik mungkin naik RM1.50, roti canai naik sampai RM1, tepung nauik sampai RM2.50. 1 Julai tariff tenaga elektrik akan naik. So, action? Selain dari action jangkapanjang (PRU13), jangka pendek kita kena tambah pendapatan. Bagaimana? Bukan stop makan beras , makan ubi keledek (macam zaman tuk nenek kita masa perang jepun)...Ternak ketam adalah salah satu daripada alternatif...... so, thing about this......

1 comment:

hamzah said...

Harga bahanbakar dah nai, tarif eletrik kompom Julai naik. Semua ni melibatkan kos operasi tak masuk kira lagi kos bahan makanan ketam (60% kos operasi) pasti naik. Semua ni perkara yang luarjangka. Kos makanan ketam boleh dikurangkan kalau boleh dapat sumber ikan baja yang murah. Pandangan saya, jika dekat Melaka/N9 saudara boleh hubung dengan PNK utk dptkan ikan baja secara borong kemudian bekukan (1kg-1 bkgs)dlm chiler....Jika tempat menternak jauh dari laut (Bkt.Beruntung?).......CUMA PANDANGAN SAYA SAHAJA...DAN BUKAN ADA NIAT LAIN...