Wednesday, June 11, 2008

Kos simen dan atap

Purata sebutharga adalah ~RM12k termasuk simen dan atap disekeliling rumah. Tinggi kos ni. Aku cuba cari alternatif lain untuk mengurangkan kos. Salah satu cara cuba dapatkan atap terpakai. Mkr kata dia boleh dapatkan atap terpakai kat Muar, dia akan update berapa banyak yang boleh cover. Ni sudah bagus, at least almost half cost reduce. Tentang simen dia cadangkan dapatkan simen dah siap bancuh, just tuang aje dan ratakan. Weekend ni aku akan check contractor mana yang boleh supply simen siap.

Monday, June 9, 2008

Makluman Terkini Kursus Ternak Ketam Nipah

Sila hubungi Koordinator Kursus Ketam Nipah ,En. Junaidi untuk jadual Kursus terkini.
Tel : 013 - 630 5066.

19/7/08 - Melaka
26/7/08 - Kuala Lumpur

Friday, June 6, 2008

Fakta Ternakan Ketam Nipah

1. Anak ketam ,~100g , boleh membesar sehingga 500-600g dalam masa 60-70hari.
2. Modal untuk satu set RM6,000 (tak termasuk kos operasi).
3. Kos operasi semusim (60-70 hari) ~ RM570 untuk satu set.(ketam, makanan, elektrik, bahan kimia, set penyelenggaraan)
4. Peratusan Hidup untuk ketam ~93%.
5. Ketam diberi makan ikan sehari sekali 5%-10% berdasarkan berat ketam. (Jika berat ketam 100g, berat makan diperlukan dari 5g-10g untuk satu hari).
6. Breakeven ~9.2 bulan.
7. Anak ketam dibeli dengan kos RM7/kg (termasuk dalam kos operasi) , dijual semula selepas 60 hari pada RM28/kg.
8. 1 orang pekerja sepenuh masa boleh menjaga 10-20 set.
9. Satu set boleh memuatkan 120 ekor ketam.

Maklumat lanjut, digalakkan hadir ke kursus.

Last call - Kursus di Melaka

Last call
Kursus menternak ketam nipah.
Tempat : Hotel Seri Malaysia (bersebelahan Petronas tol Ayer Keroh, Melaka)
Tarikh : 7/6/08 (Sabtu)
Masa : 8.30am -4.00pm
Bayaran : RM 250 (Bankin ke Maybank [504115104668] ke Prime Trends). Sms ke 013 - 630 5066 for details.

Thursday, June 5, 2008

Hari ini dalam sejarah

Hari ini betul2 Hari ini Dalam Sejarah hidup aku, petang dapat maklumat dan disahkan oleh Pemimpin BN (Barang Naik @ Bahanapi Naik) minyak naik 78sen (+40%). Punyalah kelamkabut ke petrol pam. Pergi Petronas Leboh Ayer Keroh penuh, Shell depan Mamee 0.5km Q, akhirnya dapat cilok ke Esso depan Sekolah Muzaffar. 45 minit Q at last dapat isi, isi punya isi bila sampai RM12, meter makin slow last2 stop terus. Pergi kat kaunter, pekerja minta maaf minyak dah habis!!!! Punyalah frust. Lepas tu teringat ada petrol pam kat Air Bemban, terus pecut ke sana kereta pun banyak mujurlah ada polis buat kawalan, kalau tidak ada yang bertumbuk fasal jump Q punya fasal. Masa Q, ada miss call, bila return call rupanya En Azlan dari Sepang bertanyakan serba sedikit fasal kursus ketam. Beliau nak tahu ada kursus yang dekat2 Sepang, selepas check dengan En Junaidi, pada 14jun08 di Hotel Adamson (sebelah KL International Hotel, Kg Bharu). So, En Azlan welcome the club.
Berbalik kepada minyak naik ni, inilah kenaikkan yang tertinggi sehingga 78sen. Aku tak dapat bayangkan 4/6/08 barang apa yang akan naik selepas beras. Teh tarik mungkin naik RM1.50, roti canai naik sampai RM1, tepung nauik sampai RM2.50. 1 Julai tariff tenaga elektrik akan naik. So, action? Selain dari action jangkapanjang (PRU13), jangka pendek kita kena tambah pendapatan. Bagaimana? Bukan stop makan beras , makan ubi keledek (macam zaman tuk nenek kita masa perang jepun)...Ternak ketam adalah salah satu daripada alternatif...... so, thing about this......

Friday, May 30, 2008

Kursus Ternakan Ketam Nipah bulan Jun

Kursus Ternakan Ketam Nipah akan diadakan pada 7/6/08 (Sabtu) di Hotel Sri Malaysia Ayer Keroh. Berminat? Sms 013-6204592. Bayaran RM250 dari 8.30am-4pm. Refreshment dan lunch buffet disediakan.
Saya tak ambil untung apa2. Cuma tolong promosi, lagi ramai yang masuk kat Melaka ni lagi banyak idea boleh dikongsi bersama.

Diskusi

Setelah berbincang dengan rakan kongsi utama, kami mengambil keputusan walaupun kapisiti kawasan kami boleh letak sehingga 22 tangki tapi kami nak mulakan dengan 10 dahulu. Maklumlah, baru mula nak menceburi bidang akuakultur ni. Kami nak menilai 'risk'nya dahulu. Kalau apa2 yang berlaku taklah termenung panjang sangat. Walaupun semangat kami tinggi tapi kadang2 sedikit tersentuh bila ada member2 yang mempersoalkan faedah untung dan rugi ternakan ini. Tapi kami kuatkan semangat. I believed I can do....just do it.

You'll always miss 100% of the shots you don't take!!!

Focus mannnn... focus....

Thursday, May 29, 2008

Kenali Ketam Nipah



Kawan2, apa tunggu lagi


Sahabat yang budiman. Ada minat? Apa tunggu lagi? Nak fikir2 lagi. Kouta maksimum 20 tangki. Dah ada 6 tangki confirmed. 7 tangki (dlm discussion). Tinggal lagi 7 kosong. 1st come first serve. Kriteria, senang aje - ada effort + ada $$. Ada $$ tapi tak ada effort pun tak guna. Ada effort tapi tak ada $$$, boleh adjust later.
Nak tunggu, tak pa kami mula dulu.

Jadi, jangan tak jadi........

1 kotak = 1 ft2

Dah 2 hari tak tulis apa2. Sibuk dengan kerja harian. Customer complaint tak habis2. Big boss minta macam2.
Semalam sempat ke tapak projek dengan Q buat measurement. Nak estimate cost untuk simen dan atap. Luas juga. Based on calculation, boleh letak 20 tangki dalam kawasan pagar rumah sahaja (boleh kayo den) . Dalam rumah mungkin satu (Max 2) sebab kawasan dalam banyak bilik dan sempit. Ruang dapur agak luas sikit.
Tengahari tadi lunch dengan M & F2. F2 nampaknya interested. Aku minta thumb drive supaya dapat aku save sedikit info tentang projek ni.
Weekend ada appointment dengan "along"....

Tuesday, May 27, 2008

Benih

Lunch makan dengan Y & F1, borak2 fasal ketam lagi. Pantang ada masa lapang, fikir ketam ketam ketam. Soalan yang bermain di kepala, bila dah expand benih tak jadi masalah ke? Kita invest banyak tangki last2 tak ada benih. Poning kepalo den. Soalan masih tak terjawap sampai sekarang. Mungkin Aquaculture boleh jawab.

Tapak simen

Tapak projek ada masalah sikit. Kat luar rumah tak ada simen. Sms En Junaidi, 'boleh ke letak jubin atau something keras support tangki? Dia kata tak boleh. Tanpa simen, tak boleh proceed. Kenalah invest sikit. Esok plan nak ke tapak buat measurement.
Tadi berborak dengan GC, minat pulak dia dengan ketam. Macam2 soalan dia tanya. Aku senyum aje.

Sunday, May 25, 2008

Breakeven

Pendapatan terkumpul dan bulanan jika mula dengan:
1 Set
2 Set
10 Set

Breakeven jika tak ada buat pinjaman:
Tanpa pinjaman

Saturday, May 24, 2008

Bincang fasal Tekun dan Breakeven

Malam tadi bercekang mata buat calculation guna excel kira keuntungan dan breakeven. Dengan pinjaman tekun, dapat beli 2 set seorang. Tengah sibuk-sibuk kira Yakim telefon, dia nak invest 2 set dan Fuad 3 set. Sekarang
1. Aku - 2 set
2. Q - 2 set
3. Y- 2 set
4. F1 - 3 set
Total - 9 set
Ini sudah bagus sebagai permulaan.

Pagi tadi jumpa Qairel kat kedai dobi. Nampaknya perniagaan dobinya semakin mendapat sambutan. Alhamdullillah. Berkat kesabaran dia suami isteri. Aku kagum.
Aku tunjukkan carta pengiraan breakeven dan untung. Dia cadangkan aku masukkan carta kalau mengunakan modal dari Tekun. Ya tak ya, kebanyakkana partner aku makan gaji, tak ada cash sampai 12 ribu. 12 tengahari balik ke rumah.

Tapak Projek



Pada hari Khamis 22/5/08, lambat rasanya menunggu bila masa waktu pejabat yang berakhir. Petang tu janji dengan Qairel hendak ke rumah sewa di Bukit Beruang. Rumah tu dah lama orang tak sewa. So untuk menafaatkan, projek ketam ni amatlah sesuai.

6.30pm - sampai ke rumah Qairel. Setelah tinjau di dalam rumah, jumlah maximum set yang diletakkan adalah 3. Kat luar mungkin boleh banyak diletakkan. Anggaran 7-10 set.

7.15pm - sembahyang di surau berhadapan dengan rumag Q.

8.15pm - sambung perbincangan di kedai depan rumah Q di Durian Tunggal. Aku senaraikan kawan-kawan yang ada potensi melabur di dalam projek ni. Y, F1, F3, Z, M dan banyak lagi.

9.15pm - jumpa Y & Z kat Taj Restaurant di Batu Berendam. Yakim nampak interested tapi Zainal 50%-50%, dia sibuk dengan projek Unit Trust CIMB. Badan dah start batuk & selsema. Nampaknya esok MC lah.


Jumaat 23/5/08:
Bangun pagi rasa kepala macam nak pecah, deman sikit dan batuk. Aku ke klinik Bukit Katil. Dapat MC satu hari. Survey rumah kedai kalau ada yang terbiar, kot sewa murah bolehlah consider.

Wednesday, May 21, 2008

Kursus Menternak Ketam Lagi

Feedback dari En Junaidi, kursus menternak ketam ke-2 akan diadakan pada 7hbJun08 di Hotel Seri Malaysia, Ayer Keroh Melaka. Ada yang berminat? Kos RM250 termasuk module, refresment pagi/petang dan buffet lunch.

Tuesday, May 20, 2008

Pembiayaan ada tak?

Semalam saya ada menelefon En Zul (bukan En Dzul SAMA AQUACULTURE) berkenaan jika saya hendak membuat pinjaman bagaimana caranya. Oleh kerana masa telefon tengah driving, saya tak dapat tanya banyak sangat. Cuma dia mengatakan pembiayaan itu ada. Maklumat tambahan, yang CTOS atau Citris blacklist pun boleh memohon. Oleh kerana saya sibuk hari ini dan esok En Zul kena ke KL, saya buat appointment hari Khamis ni di Melaka Raya. Sesiapa nak joint boleh call saya. Jumpa masa lunch hour.

Sunday, May 18, 2008

Ketam oh ketam

Ketam nipah haram? Hidup dua alam? Itulah soalan yang mula2 keluar dari benak fikiran saya. Jelas semasa penerangan, ketam ini halal dimakan kerana ketam nipah ada mempunyai insang untuk pernafasan. Kaki yang terakhir ketam nipah nampak leper untuk berenang. Ketam batu mempunyai kaki yang terakhir yang tajam untuk berjalan di darat. Jelas ianya Halal.

Selepas penerangan rasanya tak lah susah. Lepasan SRP pun boleh faham macamana yang ternak. Kos satu set pakej sejumlah RM6000 termasuk khidmat teknikal dan 120 ekor anak ketam. Ketam akan dikurung sehingga berat ~500g sebelum dijual kembali ke SAMA dengan harga RM28/kg. Dalam masa 60-70 hari sudah dapat hasil.

Sepanjang kursus pertanian yang saya hadiri, inilah bentuk pernigaan yang mendapat hasil yang cepat.

Agak terperanjat bila penganjur membawa ketam nipah hidup selain daripada video klip. Merayap ketam satu dewan.

RM6000 untuk satu set. Wow, banyak tu. Kalau yang dah nak pencen dan banyak duit KWSP boleh start esok. Majoriti yang datang adalah masih bekerja tetap makan gaji. Yang bagusnya ada pembiayaan dari Bank Agro dan MARA. Yang 'blacklisted' pun boleh.... power. Bolehlah tolong orang yang 'blacklisted' bersihkan nama bila dapat untung. Dapat pahala beb.

Tak sabar bila nak start.


din68ketam

Selepas Kursus 17/5/08

Saya terpanggil untuk menyertai kursus ini selepas isteri saya menceritakan apa yang dia dengar dari Radio Malaysia Melaka. Selepas memikirkan di saat-saat akhir saya menelefon Sdr Junaidi bertanyakan samada masih ada tempat kosong dan saya nak bayar pada hari pendaftaran. Tanpa sebarang masalah saya diterima menyertai kursus. Agak terkejut saya bila melihat ramai peserta yang hadir bukan saja dari Melaka, tetapi dari utara dan selatan semenanjung.

Semasa sessi pengenalan latar belakang MD SAMA Aquaculture Sdn Bhd, saya tertarik dengan pengalaman Sdr Dzulkarnain dan menunggu siapalah dia. Selepas sessi pertama selesai, ada sessi rehat. Semasa makan saya duduk di sebelah brother yang sedang sibuk berbuat dengan peserta sambil menandatangan sijil, rupanya dialah Sdr Dzul. Orangnya begitu 'humble'. Tak sangka 20 tahun pengalaman dalam bidang aquaculture.

Secara umum, kursus ini amat menarik sekali kerana inilah satu-satu kursus peluang perniagaan yang menjamin pasaran. Kandungan digarap begitu rupa menyebabkan saya teruja nak mengetahui lebih lanjut. 65% peratus keuntungan untuk satu pusingan adalah amat besar jika dibandingkan dengan pelaburan ternakan-ternakan yang lain. Pengalaman SAMA Aq dalam dibidang Akua telah menjimatkan masa peserta untuk membuat research.

Soalannya bila nak start?

din68ketam@gmail.com

Kepada Peserta-peserta Kursus Ternak Ketam Nipah 17/5/08 di Hotel Sri Malaysia Melaka



Bagaimana rasanya selepas datang menghadiri kursus ini? Boleh komen sikit.