Sunday, May 18, 2008

Selepas Kursus 17/5/08

Saya terpanggil untuk menyertai kursus ini selepas isteri saya menceritakan apa yang dia dengar dari Radio Malaysia Melaka. Selepas memikirkan di saat-saat akhir saya menelefon Sdr Junaidi bertanyakan samada masih ada tempat kosong dan saya nak bayar pada hari pendaftaran. Tanpa sebarang masalah saya diterima menyertai kursus. Agak terkejut saya bila melihat ramai peserta yang hadir bukan saja dari Melaka, tetapi dari utara dan selatan semenanjung.

Semasa sessi pengenalan latar belakang MD SAMA Aquaculture Sdn Bhd, saya tertarik dengan pengalaman Sdr Dzulkarnain dan menunggu siapalah dia. Selepas sessi pertama selesai, ada sessi rehat. Semasa makan saya duduk di sebelah brother yang sedang sibuk berbuat dengan peserta sambil menandatangan sijil, rupanya dialah Sdr Dzul. Orangnya begitu 'humble'. Tak sangka 20 tahun pengalaman dalam bidang aquaculture.

Secara umum, kursus ini amat menarik sekali kerana inilah satu-satu kursus peluang perniagaan yang menjamin pasaran. Kandungan digarap begitu rupa menyebabkan saya teruja nak mengetahui lebih lanjut. 65% peratus keuntungan untuk satu pusingan adalah amat besar jika dibandingkan dengan pelaburan ternakan-ternakan yang lain. Pengalaman SAMA Aq dalam dibidang Akua telah menjimatkan masa peserta untuk membuat research.

Soalannya bila nak start?

din68ketam@gmail.com

No comments: