Friday, May 30, 2008

Diskusi

Setelah berbincang dengan rakan kongsi utama, kami mengambil keputusan walaupun kapisiti kawasan kami boleh letak sehingga 22 tangki tapi kami nak mulakan dengan 10 dahulu. Maklumlah, baru mula nak menceburi bidang akuakultur ni. Kami nak menilai 'risk'nya dahulu. Kalau apa2 yang berlaku taklah termenung panjang sangat. Walaupun semangat kami tinggi tapi kadang2 sedikit tersentuh bila ada member2 yang mempersoalkan faedah untung dan rugi ternakan ini. Tapi kami kuatkan semangat. I believed I can do....just do it.

You'll always miss 100% of the shots you don't take!!!

Focus mannnn... focus....

3 comments:

hamzah said...

"Risk" dalam akua ni utamanya berhubung mortality-samada semasa pelepasan benih, semasa menternak dan selepas panen. "Risk" keduanya berhubung kos-kos. Bezaharga beli dan jual dan kos operasi yang terlibat."Risk" ketiga adalah yang melibatkan sesuatu yang luarjangka iaitu sesuatu yang tidak boleh dikawal.

Din68ketam said...

Thx di atas komen. Boleh beri contoh satu yang diluar kawalan kita?

hamzah said...

"Keracunan sumber air" secara tidak sengaja atau sebaliknya. Pelepasan air sawah semasa musim meracun satu contoh pengalaman saya. Terputus bekalan eletrik berterusan bagi sps ternakan selain ketam nipah ada kesan yg jelas. Pandangan saya, kebarangkalian wujud risk luarjangka bagi sistam yang saudara usahakan ini sangat kecil berbanding sistem ternakan terbuka.SELAMAT MAJU JAYA

"PERTANIAN SUATU PERNIAGAAN"