Sunday, May 18, 2008

Ketam oh ketam

Ketam nipah haram? Hidup dua alam? Itulah soalan yang mula2 keluar dari benak fikiran saya. Jelas semasa penerangan, ketam ini halal dimakan kerana ketam nipah ada mempunyai insang untuk pernafasan. Kaki yang terakhir ketam nipah nampak leper untuk berenang. Ketam batu mempunyai kaki yang terakhir yang tajam untuk berjalan di darat. Jelas ianya Halal.

Selepas penerangan rasanya tak lah susah. Lepasan SRP pun boleh faham macamana yang ternak. Kos satu set pakej sejumlah RM6000 termasuk khidmat teknikal dan 120 ekor anak ketam. Ketam akan dikurung sehingga berat ~500g sebelum dijual kembali ke SAMA dengan harga RM28/kg. Dalam masa 60-70 hari sudah dapat hasil.

Sepanjang kursus pertanian yang saya hadiri, inilah bentuk pernigaan yang mendapat hasil yang cepat.

Agak terperanjat bila penganjur membawa ketam nipah hidup selain daripada video klip. Merayap ketam satu dewan.

RM6000 untuk satu set. Wow, banyak tu. Kalau yang dah nak pencen dan banyak duit KWSP boleh start esok. Majoriti yang datang adalah masih bekerja tetap makan gaji. Yang bagusnya ada pembiayaan dari Bank Agro dan MARA. Yang 'blacklisted' pun boleh.... power. Bolehlah tolong orang yang 'blacklisted' bersihkan nama bila dapat untung. Dapat pahala beb.

Tak sabar bila nak start.


din68ketam

No comments: