Saturday, May 24, 2008

Tapak Projek



Pada hari Khamis 22/5/08, lambat rasanya menunggu bila masa waktu pejabat yang berakhir. Petang tu janji dengan Qairel hendak ke rumah sewa di Bukit Beruang. Rumah tu dah lama orang tak sewa. So untuk menafaatkan, projek ketam ni amatlah sesuai.

6.30pm - sampai ke rumah Qairel. Setelah tinjau di dalam rumah, jumlah maximum set yang diletakkan adalah 3. Kat luar mungkin boleh banyak diletakkan. Anggaran 7-10 set.

7.15pm - sembahyang di surau berhadapan dengan rumag Q.

8.15pm - sambung perbincangan di kedai depan rumah Q di Durian Tunggal. Aku senaraikan kawan-kawan yang ada potensi melabur di dalam projek ni. Y, F1, F3, Z, M dan banyak lagi.

9.15pm - jumpa Y & Z kat Taj Restaurant di Batu Berendam. Yakim nampak interested tapi Zainal 50%-50%, dia sibuk dengan projek Unit Trust CIMB. Badan dah start batuk & selsema. Nampaknya esok MC lah.


Jumaat 23/5/08:
Bangun pagi rasa kepala macam nak pecah, deman sikit dan batuk. Aku ke klinik Bukit Katil. Dapat MC satu hari. Survey rumah kedai kalau ada yang terbiar, kot sewa murah bolehlah consider.

No comments: