Wednesday, June 11, 2008

Kos simen dan atap

Purata sebutharga adalah ~RM12k termasuk simen dan atap disekeliling rumah. Tinggi kos ni. Aku cuba cari alternatif lain untuk mengurangkan kos. Salah satu cara cuba dapatkan atap terpakai. Mkr kata dia boleh dapatkan atap terpakai kat Muar, dia akan update berapa banyak yang boleh cover. Ni sudah bagus, at least almost half cost reduce. Tentang simen dia cadangkan dapatkan simen dah siap bancuh, just tuang aje dan ratakan. Weekend ni aku akan check contractor mana yang boleh supply simen siap.

Monday, June 9, 2008

Makluman Terkini Kursus Ternak Ketam Nipah

Sila hubungi Koordinator Kursus Ketam Nipah ,En. Junaidi untuk jadual Kursus terkini.
Tel : 013 - 630 5066.

19/7/08 - Melaka
26/7/08 - Kuala Lumpur

Friday, June 6, 2008

Fakta Ternakan Ketam Nipah

1. Anak ketam ,~100g , boleh membesar sehingga 500-600g dalam masa 60-70hari.
2. Modal untuk satu set RM6,000 (tak termasuk kos operasi).
3. Kos operasi semusim (60-70 hari) ~ RM570 untuk satu set.(ketam, makanan, elektrik, bahan kimia, set penyelenggaraan)
4. Peratusan Hidup untuk ketam ~93%.
5. Ketam diberi makan ikan sehari sekali 5%-10% berdasarkan berat ketam. (Jika berat ketam 100g, berat makan diperlukan dari 5g-10g untuk satu hari).
6. Breakeven ~9.2 bulan.
7. Anak ketam dibeli dengan kos RM7/kg (termasuk dalam kos operasi) , dijual semula selepas 60 hari pada RM28/kg.
8. 1 orang pekerja sepenuh masa boleh menjaga 10-20 set.
9. Satu set boleh memuatkan 120 ekor ketam.

Maklumat lanjut, digalakkan hadir ke kursus.

Last call - Kursus di Melaka

Last call
Kursus menternak ketam nipah.
Tempat : Hotel Seri Malaysia (bersebelahan Petronas tol Ayer Keroh, Melaka)
Tarikh : 7/6/08 (Sabtu)
Masa : 8.30am -4.00pm
Bayaran : RM 250 (Bankin ke Maybank [504115104668] ke Prime Trends). Sms ke 013 - 630 5066 for details.

Thursday, June 5, 2008

Hari ini dalam sejarah

Hari ini betul2 Hari ini Dalam Sejarah hidup aku, petang dapat maklumat dan disahkan oleh Pemimpin BN (Barang Naik @ Bahanapi Naik) minyak naik 78sen (+40%). Punyalah kelamkabut ke petrol pam. Pergi Petronas Leboh Ayer Keroh penuh, Shell depan Mamee 0.5km Q, akhirnya dapat cilok ke Esso depan Sekolah Muzaffar. 45 minit Q at last dapat isi, isi punya isi bila sampai RM12, meter makin slow last2 stop terus. Pergi kat kaunter, pekerja minta maaf minyak dah habis!!!! Punyalah frust. Lepas tu teringat ada petrol pam kat Air Bemban, terus pecut ke sana kereta pun banyak mujurlah ada polis buat kawalan, kalau tidak ada yang bertumbuk fasal jump Q punya fasal. Masa Q, ada miss call, bila return call rupanya En Azlan dari Sepang bertanyakan serba sedikit fasal kursus ketam. Beliau nak tahu ada kursus yang dekat2 Sepang, selepas check dengan En Junaidi, pada 14jun08 di Hotel Adamson (sebelah KL International Hotel, Kg Bharu). So, En Azlan welcome the club.
Berbalik kepada minyak naik ni, inilah kenaikkan yang tertinggi sehingga 78sen. Aku tak dapat bayangkan 4/6/08 barang apa yang akan naik selepas beras. Teh tarik mungkin naik RM1.50, roti canai naik sampai RM1, tepung nauik sampai RM2.50. 1 Julai tariff tenaga elektrik akan naik. So, action? Selain dari action jangkapanjang (PRU13), jangka pendek kita kena tambah pendapatan. Bagaimana? Bukan stop makan beras , makan ubi keledek (macam zaman tuk nenek kita masa perang jepun)...Ternak ketam adalah salah satu daripada alternatif...... so, thing about this......