Friday, June 6, 2008

Fakta Ternakan Ketam Nipah

1. Anak ketam ,~100g , boleh membesar sehingga 500-600g dalam masa 60-70hari.
2. Modal untuk satu set RM6,000 (tak termasuk kos operasi).
3. Kos operasi semusim (60-70 hari) ~ RM570 untuk satu set.(ketam, makanan, elektrik, bahan kimia, set penyelenggaraan)
4. Peratusan Hidup untuk ketam ~93%.
5. Ketam diberi makan ikan sehari sekali 5%-10% berdasarkan berat ketam. (Jika berat ketam 100g, berat makan diperlukan dari 5g-10g untuk satu hari).
6. Breakeven ~9.2 bulan.
7. Anak ketam dibeli dengan kos RM7/kg (termasuk dalam kos operasi) , dijual semula selepas 60 hari pada RM28/kg.
8. 1 orang pekerja sepenuh masa boleh menjaga 10-20 set.
9. Satu set boleh memuatkan 120 ekor ketam.

Maklumat lanjut, digalakkan hadir ke kursus.

7 comments:

zamri said...

Salam En. Din,

Terima kasih kerana membuka blog ini untuk berkongsi info.

Saya Zamri dari Seremban, peminat projek ternak ketam nipah ini.

Saya mohon untuk mengambil info dari blog tuan untuk dikemaskinikan ke dalam blog saya.

Blog saya ialah http://zamri-usahatani.blogspot.com

Hari ini saya dipelawa oleh seorang rakan untuk menternak ketam nipah ini di Bagan Serai.

Oleh itu dalam pencarian maklumat mengenai ketam nipah ini terjumpa blog tuan. Nanti saya akan berinteraksi selanjutnya melalui email tuan.

Sekian, terima kasih.

Din68ketam said...

W'salam
Terima kasih kerana sudi membaca blog saya. Tidak ada masalah nak ambil maklumat dari blog saya. Selagi kita dapat manafaat bersama. Ada satu falsafah Cina mengatakan kalau kita nak berjaya, kita kena tolong orang lain berjaya. Saya akan linkkan blog saudara diblog saya.

kameha said...

Salam En Din,

Terima kasih kerana mewujudkan blog ni untuk berkongsi info.
Saya Kamal dari kuantan,macam en Zamri tu saya pun berminat dgn projek ketam nipah nih...

En Din ni dah start ke blum projek ni...?kalau dah start sudilah kiranya En Din berkongsi info pasal projek ni ngan saya...

FYI saya akan menghadiri kursus ketam ni pada 21/06/08 di Melaka.

Sekian Terima Kasih.

yus.r said...

salam en din.

Tahniah dan terima kasih kerana memmbuka blog ini.

Saya berminat dgn usaha ternakan ketam ini. Adakah encik tahu mana mana agensi yg memberikan pembiayaan melalui projek ternakan ketam ini.

Pada pendapat saya,projek ternakan ketam memerlukan kos yg agak besar untuk memastikan pulangan lumayan.

Ia bukan masalah jika terdapat agensi yg memberikan pembiayaan. Kita hanya perlu merangka kertas kerja.
soalan cepumas, Kalau ternak dlm tempat macam garaj boleh ke?

Hafidz said...

Assalammualaikum En. Din,..saya ni orang melaka juga,..baru jer tutup restoran,...atau pada maksud lain,..dah jadi penganggur. Minggu lepas baru terdengar pasal ternak ketam nie. Cacing - Lintah dah biasa dengar..,tapi kurang minat pasal tak boleh makan. Ketam boleh, senang jual selain saya dengar market guarantee, ini sudah bagus untuk usahawan kecil macam saya dan lain-lain.
Jadi dipendekkan ceritanya,..saya tercari-cari jadual kursus terkini, bila agaknya? Dimana? Kos?
Sudilah kiranya En. Din nie membantu saya.
Wassalam.
Apis: 016-6115893

Unknown said...

salam en din,

tima kasih kerana menyediakan blog nie utk pengetahuan org ramai..

mengenai ketam nipah nie... saya ada masalah besar yg sedang saya hadapi... khusus ketam nie dah saya ambik dan tempat pun dah saya sediakan berjumlah hampir 20k tp pembayaran sua telah dibuat utk 3set berjumlah 21k... tp sehingga sekrg belum jgk terima sebarang set atau apa pun... nasib baik saya tidak membuat pinjaman di bank aritu kalau tidak camnalah nasib saya skrg... dah msk 6bln berlalu...sejak awal tahun dulu... apa yg perlu saya lakukan...

bila cuba menghubungi pihak berkenaan mereka mengelak dan mcm2 alasan diberikan...hinggakan pergi ker ofis pun tutup la apa la...

jika en din sendiri bleh menolong berikan pendapat saya amat hargainya... syarikat atu adalah Sama Aquaculture Sdn. Bhd.

harap encik din dapat membantu..
sekian terima kasih.

Zyza SJ said...

Assalamualaikum En. Din
Saya berasal dr Miri Sarawak.. Ssh nak dpt kan stock ketam nipah ne kat sini. So, stock kekadang ambik dr KK, Sabah. InsyaAllah kalau ada kmahuan mahu mencuba nya.